Newsletter

Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.




More information on product
Home > Products > Impian Si Cilik > Berdiri di Pentas Dunia (BAHARU)
Berdiri di Pentas Dunia (BAHARU)
enlarge

Berdiri di Pentas Dunia (BAHARU)

Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM  12.90  11.60  
Item details
SKU: 9789673504503
Weight: 240 grams
Stock: Stock available

Brand: Exact Publisher
  Add To Facebook   Add To MySpace   Share This

Marilah Merealisasikan Cita-cita Kita!

Apakah cita-cita anda? Penyanyi? Pengacara? Juruterbang? Doktor? Peguam? Ataupun anda mempunyai cita-cita yang lain?

Sungguhpun terdapat pelbagai jenis pekerjaan di dunia ini tetapi kebanyakan orang hanya menceburi satu atau dua jenis pekerjaan. Jika anda mengetahui pekerjaan yang ingin anda lakukan dan berusaha demi merealisasikan impian anda, anda sangat bertuah. Seperti yang diceritakan dalam buku komik ini, kehidupan tanpa melakukan apa-apa adalah tidak bermakna. Oleh itu, fikirkanlah perkara yang anda suka dan mahir terlebih dahulu sebelum memilih kerjaya. Anda harus juga selalu mencuba untuk meneroka keupayaan dan kemahiran diri di samping mendapatkan lebih banyak maklumat tentang pekerjaan yang ingin anda lakukan.

Buku komik ini disediakan khas untuk adik-adik yang khuatir akan masa depan diri sendiri. Sekumpulan watak yang comel akan membawa anda ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerokai pelbagai jenis pekerjaan dan memahami tugas yang berkenaan secara mendalam. Tugas, tempat bekerja, kebaikan dan kelemahan serta persediaan untuk sesuatu pekerjaan dinyatakan dengan jelas dalam buku komik ini.

Peluang sentiasa ada bagi orang yang bersedia. Oleh itu, persiapkanlah diri jika anda mahu merealisasikan cita-cita anda. Sekarang, ikuti watak-watak dalam buku komik ini untuk meneroka pelbagai jenis pekerjaan dan menentukan impian anda!

Kandungan dalam komik:

1 Meninjau keadaan tempat kerja

Para pembaca didiedahkan dengan suasana bekerja di PBB.

2 Mengenali PBB

Menjelaskan struktur organisasi PBB dan tugas pegawai awam antarabangsa.

3 Mengenali jawatan-jawatan di PBB

Menjelaskan skop pekerjaan yang utama di PBB secara terperinci.

4 Mendekati PBB

Mendorong si cilik merealisasikan impian dengan memperkenalkan peluang latihan amali di PBB.