Newsletter

Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.




More information on product
Home > Products > Kisah Pemburuan Hantu Merentas Alam > Anak Patung Bernyawa (Baharu)
Anak Patung Bernyawa (Baharu)
enlarge

Anak Patung Bernyawa (Baharu)

Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM  12.90  11.60  
Item details
SKU: 9789673505302
Weight: 280 grams
Stock: Stock available

Brand: Exact Publisher
  Add To Facebook   Add To MySpace   Share This

PRAKATA

Debaran Berterusan!

Pertarungan antara Hantu dengan Pemburu Hantu!

Walaupun Mi-rin, Min-soo dan Hee-sun berprestasi cemerlang dalam memburu hantu, namun bilangan hantu yang membuat kekecohan di alam dunia tetap sangat banyak.

Kali ini, pelbagai masalah yang ranjau sedang menunggu mereka. Misalnya, budak-budak yang hilang semasa bermain besbol, pokok layu yang meragut nyawa penduduk kampung, budak yang menghilangkan diri pada waktu malam, mangsa yang ditimpa kemalangan dalam perjalanan untuk menghadiri janji temu, patung yang muncul pada waktu tengah malam walaupun telah dibuang banyak kali, penunggu yang mencuba meminjam kaki dan cermin yang menyedut roh manusia!

Pertarungan antara hantu yang enggan meninggalkan alam dunia dengan pemburu hantu yang bertungkus lumus menghalau hantu balik ke neraka terus berlangsung.

Ayuh, selami kisah yang mendebarkan lagi menarik dengan tiga orang pemburu hantu yang handal, iaitu Mi-rin yang cantik dan tangkas, Min-soo yang cerdik dan lucu serta Hee-sun yang baik hati.

Kandungan

Budak-budak yang Hilang - 'Kalian mesti berjanji bahawa kalian akan menyimpan rahsia ini.'

Pokok Puaka - 'Selepas itu, banyak kes yang aneh telah berlaku secara berturut-turut. Yang peliknya, semua mangsa telah kehilangan lengan kiri.'

Jangan Tinggalkan Saya - 'Dikatakan hantu akan meniru suara orang yang kita kenal untuk memanggil kita.'

Berpegang pada Janji - ' Saya mahu... jumpa orang itu. Saya sedih kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal...'

Anak Patung Bernyawa - 'Saya telah membuang patung itu di pinggir kawasan kilang semalam. Namun pagi tadi patung ini muncul semula di rumah kami...'

Akibat Suka Berbohong - 'Hantu itu hanya ada sebelah kaki dan mahu meminjam kaki saya.'

Cermin Penyedut Roh - 'Selagi manusia ada nafsu, aku tidak akan mati.'