Newsletter

Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.




More information on product
Home > Products > Ah, Ada Hantu > Ah, Ada Hantu Di Sekolah (Baharu)
Ah, Ada Hantu Di Sekolah (Baharu)
enlarge

Ah, Ada Hantu Di Sekolah (Baharu)

Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM  12.90  11.60  
Item details
SKU: 9789673504855
Weight: 310 grams
Stock: Stock available

Manufacturer: Exact Publisher
  Add To Facebook   Add To MySpace   Share This

Cerita Hantu yang Menggerunkan tetapi Menarik!

Jantung berdegup kencang, muka menjadi pucat lesi, tekanan darah naik mendadak, pernafasan bertambah laju, bulu roma meremang... Kesemua ini merupakan reaksi badan kita semasa ketakutan. Walaupun begitu, orang ramai masih tertarik dengan cerita hantu.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak negara yang menghasilkan filem seram berkenaan dengan Dracula, Zombie, Vampire dan sebagainya. Begitu juga dengan negara Korea Selatan. Setiap tahun, negara ini akan manayangkan filem seram pada musim panas. Cerita-cerita seram merupakan topik perbincangan yang amat disukai oleh orang ramai, jadi banyak buku cerita seram diterbitkan.

Adakah anda semua perasan bahawa sebaik-baik sahaja seseorang menyebut cerita seram secara tidak langsung, orang ramai akan berkumpul dan berbincang sesama mereka? Walaupun ketakutan, orang ramai tetap akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan sehingga habis cerita. Malah selepas itu, mereka pula yang akan menyampaikan cerita itu kepada orang lain.

Buku komik ini menyajikan cerita-cerita hantu di sekolah. Namun, cerita-cerita ini bukan kisah seram semata-mata, malah mengandungi unsur persahabatan, falsafah dan moral juga.

Sekarang, lupakan tekanan pelajaran anda buat sementara. Marilah bersama-sama kami menyertai dunia yang penuh seram untuk menguji keberanian anda!